Friday, March 11, 2011

Perkembangan Seni Lukis Melayu di Malaysia


PERKEMBANGAN SENI LUKIS MELAYU DI MALAYA

Sekitar tahun-tahun 1930-an hingga 1940-an tidak ramai pelukis-pelukis Melayu Malaya yang menonjolkan dalam perkembangan seni lukis Malaya. Seorang pelukis yang aktif ketika itu ialah Abdullah Ariff seorang guru di Sekolah Penang Free School. Catan beliau banyak terpengaruh dengan catan Eropah iaitu catan gaya Imresionis. Pada masa itu melukis dianggap oleh masyarakat melayu yang kuat berpegang pada agama menganggap sebagai berdosa. Pelukis-pelukis Melayu yang terlibat dengan melukis adalah datang dari golongan berpendidikan sekolah Inggeris, kerana pada masa itu kurikulum sekolah mempelajari seni lukis dan kraf.
Pelukis-pelukis Melayu mula bersatu dibawah Persatuan Guru-Guru Melayu Selangor. Kebanyakan gaya catan yang dihasilkan adalah pemandangan kampung. Ketrampilan gaya melukis kumpulan ini jauh rendah dari kumpulan-kumpulan pelukis Cina. Kebanyakan pelukis-pelukis Melayu adalah dikalangan guru-guru lepasan SITC (‘Sultan Idris Traning College’ atau Maktab Perguruan Sultan Idris). Pengalaman dan pengatahuan mereka adalah di Maktab Penguruan melalui kurikulum lukisan dan kraf. Di situlah mula mereka gunakan untuk mengasilkan karya catan.
Perkambangan awal telah memberi pengalaman baru terhadap guru-guru Melayu dalam seni lukis iaitu pada tahun 1955 beberapa orang guru telah melawat Indonesia untuk melihat perkembangan seni lukis. Di Indonesia mereka telah dibawa ke Akademik Seni Rupa Indonesia (ASRI) di Jogjakarta. Semangat melukis semakin kuat apabila kumpulan guru ini diberi pendedahan kehebatan karya-karya catan di Indonesia. Mereka juga diberi dorongan kuat oleh pelukis dan pengajar seni lukis ASRI pada ketika itu bapak Suptohodoyo. Menurut Cikgu Idris salam yang hadir bersama rombongan itu, mereka didedahkan dengan pelbagai kegiatan seni lukis dan pelukis Suptohodoyo memberi semangat dengan perangsang kepada mereka.
Semangat pelukis-pelukis Melayu masih tidak kesampaian, kerana tidak ada pemimpin yang menonjol dikalangan mereka. sekitar tahun 1956 kumpulan penggiat kebudayaan Melayu telah menubuhkan pesatuan kesenian dengan mengabungkan semua jenis kesenian iaitu seni lukis, Drama (teater), tarian, muzik dan persuratan. Persatuan tersebut dinamakan Majils Kesenian Melayu (MKM) ditubuhkan di dewan UMNO Jalan Tungku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Keahlian kumpulan ini sekitar 30 orang. Cikgu Idris salam selaku ketua kumpulan pelukis golongan guru telah memujuk Mohammad Hoessein Enas seorang pelukis yang datang dari Indonesia menjadi pengerusi MKM. Mohammad Hoessein Enas merupakan seorang pelukis yang datang dari Indonesia sekitar tahun 1946 dan telah diterima oleh golongan pelukis-pelukis Melayu sebagai mahaguru lukisan.
Majlis Kesenian Melayu dibawah Mohammad Hoessein Enas banyak mengadakan latihan-latihan melukis. Pengaruh kuat Huessein Enas dalam pertubuhan ini menyebabkan ramai ahli tertumpu pada bidang melukis dan mencatan potret berbanding bidang-bidang seni lain. Setahun kemudian terhasil sebuah pameran lukisan yang dinamakan ‘Pameran Seni Lukis 1’ bertempat di dewan British Council Kuala Lumpur. Pameran ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri pertama Tun Abdul Razak. Pameran berlangsung seminggu dan mendapat sambutan hangat dikalangan peminat seni lukis di sekitar Kuala Lumpur. Bertolak dari itu maka kumpulan pelukis Melayu mula menonjolkan indentiti dengan catan dibawah pengaruh kuat Mohammad Hoessein Enas. Kebanyakan gaya catan yang dipamerkan adalah relisme dan naturalisme.
Pengaruh kuat gaya catan Mohammad Hoessein Enas membawa era baru pelukis-pelukis Melayu Malaya pada ketika itu. Mohammad Hoessein Enas telah membuang tanggapan negatif dikalangan pelukis Melayu yang tidak membenarkan lukis potrat dan fikuratif. Kelas-kelas seni lukis yang dibawah Mohammad Hoessein Enas semakin diminati. Dari temu ramah penulis dengan beliau, pada hari Sabtu seramai 20 lebih orang yang datang belajar melukis dengannya termasuk dari Singapura dan beberapa buah negeri lain.
Majlis Kesenian Melayu tidak lama bertahan kerana kegiatan banyak tertumpu pada aktiviti seni lukis yang dibawa oleh pengerusi iaitu Mohammad Hoessein Enas. Lantaran itu Mohammad Hoessein Enas dengan beberapa Jawatan kuasa telah berbincang untuk keluar dari MKM dan menubuhkan sebuah pertubuhan Seni Lukis. Pada tanggal 15 April 1958 tertubuhlah Angkatan Pelukis Semenanjung (APS) dengan motto “ Seni dan Masyarakat”. Dengan tertubuhnya Angkatan Pelukis Semenanjung maka kegiatan melukis semakin rancak dibawah kelolaan Mohammad Hoessein Enas.
Kegiatan seni lukis giat dijalankan bertempat di Dewan Persatuan Guru-Guru Selangor di Jalan Raja Muda Kuala Lumpur. Antara pelajaran yang diajar di APS ialah catan Potret dan sketsa. Apabila pelajar semakin bertambah maka kelas-kelas seni halus lain dibuka, antaranya:
1. Kelas Melukis Potret dikelolakan oleh Mohammad Hoessein Enas
2. Kelas Arca dikelolakan oleh Cikgu Idris Salam
3. Kelas Grafik di kelolakan oleh Zakarian M. Noor
4. Kelas Seni Reka dalaman dikelolakan oleh Cik Habibah Baharuddin.



2 comments: