Monday, March 14, 2011

Minda


Bagaimana Minda Berfungsi


Mata merupakan salah satu pancaindera yang telah diberi oleh Allah SWT. Fungsi mata adalah untuk melihat sesuatu objek. Walaubagaimanapun mata tidak dapat mentafsirkan apa yang dilihat sehingga satu mesej sampai ke otak untuk mentafsirkan objek tersebut. Minda kita seperti sebuah kamus lengkap. Segala yang kita lihat akan tersimpan kemas dalam ingatan samada objek tersebut baru dikenali atau sebaliknya. Sekiranya objek tersebut telah dikenali dan tersimpan dengan baik maka minda akan terus memaklumkan apakah objek tersebut.
Perlu diingat kebanyakan yang tersimpan dalam otak kita adalah berbentuk objek. Kita tidak mengingati sesuatu dalam bentuk perkataan. Contohnya perkataan F R U I T. Cuba lihat perkataan ini dan pejamkan mata selama 30 saat. Apakah yang anda lihat?. Anda tidak melihat perkataan F R U I T tapi sebaliknya yang anda lihat adalah buah buahan yang anda sudah kenali seperti limau, epal dan lain lain melalui bentuk, warna, rasa dan lain lain. Contoh lain bila anda melihat dari jauh warna biru dan merah dengan bentuk sebuah mentol yang mengeluarkan cahaya, maka secara automatik minda kita mentafsirkan bahawa itu adalah lambang TNB.
Kesimpulan dari contoh di atas adalah untuk menunjukan bahawa minda kita sebenarnya lebih suka menyimpan objek yang pelbagai bentuk, warna, garisan garisan dan apa juga yang bersifat kreatif. Keseluruhan sifat atau objek kreatif ini tersimpan di otak sebelah kanan. Peta minda sebenarnya adalah bertujuan untuk mengajak kita semua menggunakan otak sebelah kanan yang begitu kreatif sekali. Inilah konsep yang hendak dibawa melalui peta minda ini iaitu belajar mengingati melalui bentuk, warna dan lain lain.

Pengenalan Peta Minda

Peta Minda adalah satu teknik yang digunakan bertujuan untuk membolehkan minda kita menyimpan sesuatu maklumat atau fakta secara lebih kemas. Teknik ini memerlukan kita mengabungkan beberapa keperluan seperti warna, gambar, garisan dan lain lain lagi. Peta minda sebenarnya mengajar kita selari dengan bagaimana otak kita berfikir. Hasil dari penggunaan peta minda yang betul, akan menjadikan sesuatu fakta dapat di ingat dalam jangkamasa yang lama. Apa yang penting ialah, dengan hanya melihat sekali imbas peta minda yang kita buat, ianya akan mengingatkan apa yang kita baca sebelum ini. Bayangkan, bagaimana bergunanya nota yang dibuat dengan teknik ini sebelum peperiksaan bermula. Pelajar lain membaca nota berjela jela panjangnya tapi anda hanya melihat nota sekali imbas sahaja.

Cara Mengambil dan Membuat Nota


"Spoon-fed learning" atau belajar cara suapan tidak sesuai lagi digunakan dalam sistem pembelajaran. Teknik ini menjadikan fikiran pelajar menjadi kaku. Mereka tidak boleh menghuraikan secara kritis sesuatu permasalahan yang dihadapi. Mereka diberikan nota dari para guru tanpa huraian yang mendalam. Mereka hanya mengharapkan nota yang statik yang diberikan untuk menjawab peperiksaan sedangkan kebanyakan soalan sekarang adalah berbentuk kritis. Ianya memerlukan kreativiti pelajar untuk menjawab. Sekiranya teknik ini diteruskan sampai bilakah mereka boleh menjadi pelajar yang cemerlang.Cara mengambil nota pula tidak membantu pelajar menjadi kreatif. Kita sering mengambil nota dari atas ke bawah seperti menggunakan angka atau pun sempang. Pengambilan nota jenis ini tidak ada kesinabungan maklumat. Ianya tidak mengikut seperti apa yang dikehndaki oleh otak kita. Peta Minda telah mengubah teknik ini. Ianya mengajar kita mengambil atau membuat nota seperti yang dikehendaki oleh otak kita. Proses otak kita berfikir bermula dari satu titik dan kemudian mengembang disekeliling. Peta Minda mengajar anda menggunakan teknik yang sama. Pelajar membuat nota bermula dari satu perkataan yang diletakkan di tengah kemudian membuat isi isi lain dengan cara menambahkan cabang seterusnya. Perkataan perkataan dan garisan tersebut kemudiannya disertakan dengan garisan bewarna dan gambar yang difahami bertujuan untuk memperkuatkan lagi ingatan.




Friday, March 11, 2011

Aliran Catan


ALIRAN CATAN

Aliran Realisme

Aliran realisme adalah proses peniruan semula alam fizikal kepada alam maya. Merupakan aliran yang mementingkan kebenaran dan ketetapan terhadap apa yang dilihat oleh mata secara visual dan tepat. Aliran ini mementingkan mesej dan aspek-aspek formalistik dalam menghasilkan sesuatu karya. Subjek utama yang dilukis adalah berkaitan dengan rakaman alam semulajadi dan situasi sebenar kehidupan seharian. Kebiasaannya aliran ini menggunakan media konvensional dalam proses berkarya. Contoh cat minyak,akrilik, cat air dan poster colour. Contoh pelukis Malaysia yang mengunakan aliran ini ialah Mohd Hoessein Enas yang digelar sebagai “Bapa Seni Lukis Potret Malaysia” kerana kejayaan beliau dalam menghasilkan potret yang berbentuk real. Contoh karya Memetik Daun Tembakau di Kelantan (1962), Menanam Padi (1989) dan sebagainya. Begitu juga pelukis Jaafar Taib ‘Sang Juara’ (2005), Johan Marjonid  ‘Arca Alam II’ (2003). Pelukis barat pula ialah Gustave Courbett ‘The Stonebreaker’ dan Jean- francois Millet dalam lukisan yang bertajuk ‘Potato Planters’ (1861)

Aliran Abstrak Ekspresionisme       

Aliran ini berkembang selepas perang dunia kedua. Kemunculan istilah pertama aliran ini adalah di Jerman pada tahun 1919 di dalam majalah Der Sturm yang merujuk kepada sekumpulan artis Ekspressionis Jerman. Selain itu, aliran ini juga mempunyai pengaruh dengan aliran Surelisme dan aliran Kubisme. Karya-karya aliran ini mengambarkan luahan perasaan yang sebenar melalui penggunaan warna, sapuan berus, renjisan warna dan aksi pelukis dengan pelbagai cara yang bebas. Artis mementingkan kespontanan, intuitif dan pemikiran bebas daripada perancangan dalam berkarya. Kepentingan aksi semasa melukis diambil kira dan memberi kesan kepada karya. Contohnya karya Jackson Pollock yang berjudul “Autumn Rhythm” dihasilkan dengan cara mencurah, merenjis, atau menyapu cat dengan pergerakan keseluruhan anggota badan sehingga warna memenuhi keseluruhan kanvas. Karya ini memperlihatkan warna yang dimanipulasi bagi penghasilan garisan dan jalinan yang mengambarkan pergerakan yang dinamik. Aliran ini juga banyak menggunakan simbol untuk menyampaikan mesej, imej abstrak dan hilang sifat realistik di samping mengutamakan unsur warna, bentuk, dan garisan serta menggunakan pelbagai teknik dan media. Antara pelukis barat yang mengamalkan aliran ini ialah ‘Franz Kline’ (Amerika 1910-1962) @Untitled 1950’cat minyak dan ‘Jackson Pollock’ (Amerika 1912-1956)@ ‘Number One’ cat minyak (renjisan). Para pelukis tempatan pula ialah ‘Syed Ahmad Jamal’ @ Harapan 1962, cat minyak , ‘Yeoh Jin 1962, cat minyak dan ‘Abdul Latiff Mohidin’ @ Pemandangan 111 1966, cat minyak .

AliranKiubisme

Kubisme merupakan aliran yang paling inovatif, kreatif, dan berpengaruh besar dalam perkembangan aliran seni rupa di era abad 20an. Aliran kubisme adalah sebuah gerakan seni rupa moden pada awal abad ke-20 yang dipelopori oleh Picasso dan Braque. Prinsip dasar yang umum pada kubisme iaitu menggambarkan bentuk objek dengan cara memotong, pertindihan , penyederhanaan, transparansi, deformasi, menyusun dalam aneka bentuk. Gerakan ini dimulai pada media lukisan dan patung melalui pendekatannya masing-masing. Ciri dari aliran ini adalah mengaplikasikan bentuk-bentuk realisme kedalam bentuk geometri dengan pendekatan bentuk dan warna di atas kanvas yang diibaratkan sebagai media pecahan kaca. Istilah "Kubis" itu sendiri, tercetus berkat pengamatan beberapa pelukis iaitu Louis Vauxelles (kritikus Prancis) setelah melihat sebuah karya Braque di Salon des Independants, berpendapat bahawa bahawa karya Braque sebagai reduces everything to little cubes (menempatkan segala sesuatunya pada bentuk kubus-kubus kecil. Gil Blas menyebutkan lukisan Braque sebagai bizzarries cubiques (kubus ajaib). Sementara itu, Henri Matisse menyebutnya sebagai susunan petits cubes (kubus kecil). Maka untuk selanjutnya dipakai istilah kubisme untuk memberi ciri dari aliran seperti karya-karya tersebut sebagai aliran dalam seni visual

Pop Art         

Istilah Pop Art dicipta oleh pengkritik Inggeris iaitu Lawrence Alloway untuk mencipta satu pergerakan ataupun kumpulan yang mengelarkan diri mereka sebagai "Independence Group" yang bergerak aktif pada tahun 1954-1955. (ENglish Pop Art). MAnakala di Amerika Syarikat, Pop Art lahir di tengah-tengah kesibukan kota d New York. Pada tahun 1959, Robert Rauschernberg dan Jasper Johns dianggap sebagai pelukis Pop Art yang pertama.
Pop Art dianggap sebagai reaksi kepada Abstrak Ekspressionisme apabila ia menggunakan imej bergambar serta teknik "hard-edge" dan fotografi. Pelukis-pelukis yang terkenal di Amerika Syarikat terdiri daripada JAsper John Dan Robert. Manakala pelukis Pop ARt yang terkenal di Amerika Syarikat terdiri daripada Richard Hamilton, David Hockney, Peter Blake dan Allen Jones. Pelukis Pop Art yang begitu kreatif dan juga yang mempunyai kemahiran yang begitu bermutu tinggi di dalam penghasilan karya atau lukisan yang berkaitan dengan Pop Art di Malaysia terdiri daripada Ismail Zain, Redza Piyadasa, dan Ahmad Shukri Mohamad. Di antara hasil karya pelukis-pelukis Pop Art Malaysia ialah "Pemandangan Malaysia Teragong'.


Aliran Impressionisme

Impressionisme bermula apabila timbulnya salah faham antara artis dan audien. Keadaan ini menimbulkan situasi luar biasa kepada audien tentang seni, keadaan ini berlaku berikutan perkembangan dan kemajuan berlaku dengan pesat. Masyarakat mula berkehendakkan kehidupan kepada yang lebih baik, mereka merasakan perlu memperolehi termasuklah apa yang dilalui oleh kelas atasan seperti pendidikan, hobi dan arts. Pemikiran tentang seni klasik perlu berubah, selepas tahun 1860 pengkarya mula memikirkan rakaman secara spontan berdasarkan apa yang dilihat. Rakaman lukisan mestilah jujur iaitu melalui kesan berus yang perlu dinampakkan dengan jelas. Photographic di dalamnya hendaklah ada nilai poetic dan jiwa. Ini adalah idea baru mengenai teori yang berkait dengan pengalaman mata. Mata menerima informasi yang hanya melalui warna. Ianya juga bukan sekadar menghasilkan landskap malahan menghasilkan sensasi daripada landskap tersebut. Impressionisme mula wujud apabila pengkritik seni iaitu M. Louis Leroy menulis dalam jurnal ’ Le Charivari tentang seni lukisan Claude Monet Impressionisme Sunrise 1872. Aliran impresionisme adalah aliran yang mementingkan pengcahayaan dan merakam cahaya  di luar studio. Pengkarya aliran ini tidak mementingkan imej yang ingin dipaparkan dan hanya mementingkan cahaya. Aliran ini menolak gambaran secara tradisional dan khayalan dalam keagamaan. Warna memainkan peranan penting dalam menghasilkan cahaya.
Warna wujud kerana cahaya. Oleh itu apabila cahaya berubah maka warna pun turut berubah. Cahaya sentiasa mempengaruhi warna dan cahaya pula sentiasa berubah. Mereka melukis di luar studio untuk melukis apa yang mereka lihat dan bukan apa yang mereka tahu.  Contoh pelukis tempatan yang menggunakan aliran ini ialah Osman Bakar  “Pekan Kita Sebelum Merdeka”, Md Sanim Md Dom “Wadah Perikatan”. Pelukis barat pula ialah Vincent Van Gough “Bedroom”.

Aliran Ekspressionisme

Menolak ciri-ciri tradisi klasik. Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis. Menyingkir subjek dan objek serta menolak peniruan alam. Penggunaan warna yang terang bagi menyampai mesej. Penggunaan warna yang dramatik. Kadang kala tidak ada imej yang jelas dan bersifat organik. Kesan berus yang kasar, kadang kala tidak menggunakan berus.

Aliran Futurisme

Futurisme dari bahasa Perancis, futur atau bahasa Inggris, future yang keduanya berarti “masa depan” adalah sebuah ilmu yang mempelajari masa depan aliran seni yang avant-garde, atau sebelum masanya, terutama pada tahun 1909 Masehi. Futurisme juga pandangan yang lebih mementingkan masa depan. Futurisme adalah aliran seni yang mendukung perkembangan tipografi sebagai unsure ekspresi dalam desain, artinya dalam futurisme huruf tidak hanya diperlakukan sebagai tanda bunyi tetapi juga sebagai lambang rupa untuk menyampaikan suatu makna. Hal ini disebabkan karena banyak penyair futurisme yang memanfaatkan tipografi sebagai bagian dari ungkapan perasaannya dalam berpuisi.

Aliran Surealisme

Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar minda pelukis. Imej bawah sedar dan alam khayalan. Menyeramkan, sunyi dan tidak logik. Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan kesan misteri. Objek diletakkan pada tempat-tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantumkan.

Aliran Dadaisme

Kumpulan perantaran antar aliran futurisme dengan surealisme. Konsep tanpa kongkongan. Tidak menitikberatkan tradisi penghasilan seni semata-mata. Seni adalah medium untuk melepaskan perasaan. Berpegang kepada konsep ‘kemusnahan juga merupakan penciptaan’.


Perkembangan Seni Lukis Melayu di Malaysia


PERKEMBANGAN SENI LUKIS MELAYU DI MALAYA

Sekitar tahun-tahun 1930-an hingga 1940-an tidak ramai pelukis-pelukis Melayu Malaya yang menonjolkan dalam perkembangan seni lukis Malaya. Seorang pelukis yang aktif ketika itu ialah Abdullah Ariff seorang guru di Sekolah Penang Free School. Catan beliau banyak terpengaruh dengan catan Eropah iaitu catan gaya Imresionis. Pada masa itu melukis dianggap oleh masyarakat melayu yang kuat berpegang pada agama menganggap sebagai berdosa. Pelukis-pelukis Melayu yang terlibat dengan melukis adalah datang dari golongan berpendidikan sekolah Inggeris, kerana pada masa itu kurikulum sekolah mempelajari seni lukis dan kraf.
Pelukis-pelukis Melayu mula bersatu dibawah Persatuan Guru-Guru Melayu Selangor. Kebanyakan gaya catan yang dihasilkan adalah pemandangan kampung. Ketrampilan gaya melukis kumpulan ini jauh rendah dari kumpulan-kumpulan pelukis Cina. Kebanyakan pelukis-pelukis Melayu adalah dikalangan guru-guru lepasan SITC (‘Sultan Idris Traning College’ atau Maktab Perguruan Sultan Idris). Pengalaman dan pengatahuan mereka adalah di Maktab Penguruan melalui kurikulum lukisan dan kraf. Di situlah mula mereka gunakan untuk mengasilkan karya catan.
Perkambangan awal telah memberi pengalaman baru terhadap guru-guru Melayu dalam seni lukis iaitu pada tahun 1955 beberapa orang guru telah melawat Indonesia untuk melihat perkembangan seni lukis. Di Indonesia mereka telah dibawa ke Akademik Seni Rupa Indonesia (ASRI) di Jogjakarta. Semangat melukis semakin kuat apabila kumpulan guru ini diberi pendedahan kehebatan karya-karya catan di Indonesia. Mereka juga diberi dorongan kuat oleh pelukis dan pengajar seni lukis ASRI pada ketika itu bapak Suptohodoyo. Menurut Cikgu Idris salam yang hadir bersama rombongan itu, mereka didedahkan dengan pelbagai kegiatan seni lukis dan pelukis Suptohodoyo memberi semangat dengan perangsang kepada mereka.
Semangat pelukis-pelukis Melayu masih tidak kesampaian, kerana tidak ada pemimpin yang menonjol dikalangan mereka. sekitar tahun 1956 kumpulan penggiat kebudayaan Melayu telah menubuhkan pesatuan kesenian dengan mengabungkan semua jenis kesenian iaitu seni lukis, Drama (teater), tarian, muzik dan persuratan. Persatuan tersebut dinamakan Majils Kesenian Melayu (MKM) ditubuhkan di dewan UMNO Jalan Tungku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Keahlian kumpulan ini sekitar 30 orang. Cikgu Idris salam selaku ketua kumpulan pelukis golongan guru telah memujuk Mohammad Hoessein Enas seorang pelukis yang datang dari Indonesia menjadi pengerusi MKM. Mohammad Hoessein Enas merupakan seorang pelukis yang datang dari Indonesia sekitar tahun 1946 dan telah diterima oleh golongan pelukis-pelukis Melayu sebagai mahaguru lukisan.
Majlis Kesenian Melayu dibawah Mohammad Hoessein Enas banyak mengadakan latihan-latihan melukis. Pengaruh kuat Huessein Enas dalam pertubuhan ini menyebabkan ramai ahli tertumpu pada bidang melukis dan mencatan potret berbanding bidang-bidang seni lain. Setahun kemudian terhasil sebuah pameran lukisan yang dinamakan ‘Pameran Seni Lukis 1’ bertempat di dewan British Council Kuala Lumpur. Pameran ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri pertama Tun Abdul Razak. Pameran berlangsung seminggu dan mendapat sambutan hangat dikalangan peminat seni lukis di sekitar Kuala Lumpur. Bertolak dari itu maka kumpulan pelukis Melayu mula menonjolkan indentiti dengan catan dibawah pengaruh kuat Mohammad Hoessein Enas. Kebanyakan gaya catan yang dipamerkan adalah relisme dan naturalisme.
Pengaruh kuat gaya catan Mohammad Hoessein Enas membawa era baru pelukis-pelukis Melayu Malaya pada ketika itu. Mohammad Hoessein Enas telah membuang tanggapan negatif dikalangan pelukis Melayu yang tidak membenarkan lukis potrat dan fikuratif. Kelas-kelas seni lukis yang dibawah Mohammad Hoessein Enas semakin diminati. Dari temu ramah penulis dengan beliau, pada hari Sabtu seramai 20 lebih orang yang datang belajar melukis dengannya termasuk dari Singapura dan beberapa buah negeri lain.
Majlis Kesenian Melayu tidak lama bertahan kerana kegiatan banyak tertumpu pada aktiviti seni lukis yang dibawa oleh pengerusi iaitu Mohammad Hoessein Enas. Lantaran itu Mohammad Hoessein Enas dengan beberapa Jawatan kuasa telah berbincang untuk keluar dari MKM dan menubuhkan sebuah pertubuhan Seni Lukis. Pada tanggal 15 April 1958 tertubuhlah Angkatan Pelukis Semenanjung (APS) dengan motto “ Seni dan Masyarakat”. Dengan tertubuhnya Angkatan Pelukis Semenanjung maka kegiatan melukis semakin rancak dibawah kelolaan Mohammad Hoessein Enas.
Kegiatan seni lukis giat dijalankan bertempat di Dewan Persatuan Guru-Guru Selangor di Jalan Raja Muda Kuala Lumpur. Antara pelajaran yang diajar di APS ialah catan Potret dan sketsa. Apabila pelajar semakin bertambah maka kelas-kelas seni halus lain dibuka, antaranya:
1. Kelas Melukis Potret dikelolakan oleh Mohammad Hoessein Enas
2. Kelas Arca dikelolakan oleh Cikgu Idris Salam
3. Kelas Grafik di kelolakan oleh Zakarian M. Noor
4. Kelas Seni Reka dalaman dikelolakan oleh Cik Habibah Baharuddin.



CATAN

CATAN

Maksud Catan
Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman Yunani Purba. Gambaran yang dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang digunakan ialah mozek dan fresco. Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah, media yang digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco dan tempera. Pada abad ke-20, muncul satu aliran baharu dalam persembahan catan yang mempersembahkan catan yang mempersembahkan karya seni abstark dan semi abstrak. Di Malaysia, catan mula berkembang sekitar tahun 1930-an. Pelukis yang terkenal ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen yang banyak menggunakan media cat air.
Sejarah Catan
Perkembangan catan di Malaysia tercatat dalam lipatan sejarah bermula sekitar tahun 1920-an. Pada masa itu pengaruh kuat dalam catan di Malaysia adalah dari negara Eropah dan negara Cina. Pengaruh catan Eropah dipelopori dari kumpulan ‘Penang Ekspresionis’ yang telah tertubuh sejak sekitar 1920-an. Kumpulan ‘Penang Ekspresionis’ ini adalah dikalangan kolonial dari British yang banyak mempengaruhi genre lukisan pemandangan alam seperti catan tradisi pelukis Turner dan Constable serta realisme zaman Pre-Raphelites. Kumpulan ‘Penang Ekspresionis’ dalam kelompok elit dikalangan isteri-isteri pembesar kolonial yang berminat dengan seni lukis. Terdapat beberapa orang tempatan antaranya Abdlullah Aris dengan gaya pelukisan ekspresionis menggunakan bahan cat air.
Pengaruh dari negara Cina sangat kuat pada masa itu, Kumpulan pelukis ini adalah datang bersama imigran perniaga-peniaga Cina. Kebanyakan datang dari lembah Xu Beihong. Pada tahun 1920-an seorang Pelukis Cina bernama Yong Mun Sen datang ke Malaya (Malaysia), beliau datang melalui Singapura (pada masa itu Singapura dalam Malaya). Sekitar tahun 1937, pelukis-pelukis kaum Cina mula aktif melukis cat air dengan pengaruh catan Yong Mun Sen. Beberapa Kelab dan Persatuan Pelukis ditubuhkan dikalangan kaum pelukis Cina. Antaranya Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang, ‘Penang Art Teacher’s Caouncil’, Persatuan pelukis Pulau Pinang dan lain-lain.
Sekitar tahun 1950-an (Pasca Merdeka), penubuhan persatuan-persatuan pelukis semakin bersemarak di Malaya. Dalam tahun 1952 sebuah persatuan seni lukis yang diberi nama ‘Wednesday Art Group’ (Kumpulan Hari Rabu) telah ditubuhkan. Kumpulan ini diterajui oleh seorang berbangsa Inggeris bernama Peter Harris. Kumpulan ini membawa catan aliran moden seperti Impresionis dan Ekspresionis. Anggota kumpuan ini adalah dikalangan pelbagai kaum dari kalangan guru-guru berpendidikan sekolah Inggeris. Dalam tahun 1957 tertubuh pula kumpulan ‘Thursday Art Group’ (Kumpulan Hari Khamis) yang memberi saingan dengan kumpulan ‘Wednesday Art Group’.
Sekitar 1920-an hingga 1950-an, kepesatan perkembangan seni lukis Malaysia begitu menonjol, namun gaya catan masih banyak dibawah pengaruh lukisan-lukisan Cina dan Eropah. Pada tahun 1946, seorang pelukis dari Bogor Indonesia yang bernama Mohammed Hoessein Enas telah berhijrah ke Malaya. Kedatangan Hoessein Enas menenadakan satu pengaruh baru dalam masyarakat pelukis-pelukis Malaya (Malaysia) terutama gulungan pelukis Melayu yang dahagakan tunjuk ajar dalam seni lukis. Pengaruh beliau terus menjadi dominan dalam pertubuhan yang diterajuinya iaitu Angkatan Pelukis Semenanjung sekarang menjadi Angkatan Pelukis SeMalaysia. Semenjak kehadiran beliau, gaya catan naturalis dan realis dengan tema figuratif dan potret menjadi ikutan pelukis-pelukis Melayu pada ketika itu.
Media
a) Cat Air
Bahan warna dalam karya cat air ialah bahan pewarna dalam bentuk tiub. Ia bersifat lut sinar dan lembut. Cat air akan menjadi tebal sekiranya warna disapu berlapis-lapis. Bahantara yang digunakan ialah air. Kertas yang digunakan ialah kertas cat air. Berus yang sesuai digunakan untuk karya cat air ialah jenis lembut dan bersaiz antara 000 hingga 14. Palet juga diperlukan untuk membancuh warna. Sebuah bekas seperti gelas atau botol diperlukan untuk mengisi air bersih dan untuk mencuci berus.
b) Cat Poster
Cat poster boleh didapati dalam tiub atau botol. Ia mengandungi pengilat larut air dan bersifat legap. Bahantara yang digunakan ialah air. Berus yang digunakan untuk berkarya dengan menggunakan cat poster ialah jenis lembut dan keras. Manakala kertas daripada jenis ‘cartridge’ yang tebal dan berpermukaan licin digunakan. Air yang bersih diperlukan untuk menghasilkan campuran warna.
c) Cat Tempera
Bahan warna berbentuk serbuk atau perekat dalam tiub yang sedia proses. Ia mengandungi bahan pengilat seperti kuning telur atau gam cecair. Untuk menghasilkan karya menggunakan cat tempera, alat dan bahan yang digunakan ialah berus jenis lembut atau keras, kertas tebal, kain kanvas atau papan. Biasanya teknik yang diaplikasikan ialah disapu mengikut lapisan yang nipis, jalur sapuan diselang-selikan supaya kesan warna rata dan licin.
d) Cat Minyak
Cat minyak telah diperoleh dalam bentuk tiup. Bahantara untuk menggunakan cat minyak ialah turpetine. Bahan pengilat yang boleh digunakan ialah minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang. Berus yang digunakan adalah jenis lembut dan keras, pisau palet, kekuda, kanvas, papan, kayu playwood dan kadbod. Teknik yang diaplikasikan ialah teknik impasto, glazing, cat tepat atau hardedge, scumbling, pointelistik.

Teknik-teknik catan

a)Teknik Basah Atas Kering

Teknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kertas yang kering untuk menghasilkan kesan legap. Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dengan beberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warnanya. Teknik ini juga boleh menggunakan warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering bagi mendapatkan kesan lut sinar.
campuran warna
Campuran warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu cair. Kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan.
cara
Warna disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan yan nipis dan ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap. Untuk mendapatkan kesan transparensi, basahkan berus dan celup ke dalam warna yang cair, sapu di atas kertas lukisan. Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang sama.

b)Teknik Basah Atas Basah


Teknik ini melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan kertas yang basah. Ia menghasilkan kesan lut sinar. Teknik ini merupakan teknik yang dramatik bagi media cat air dan yang paling sukar untuk dikawal sapuannya. Pelukis harus membiarkan warna terdahulu yang masih lembap. Sapuan warna berikutnya adalah lebih tinggi kandungan air dan pewarnanya. Jika tidak, warna akan bercampur dan hasilnya nampak kotor.
campuran warna
Campuran warna hendaklah tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sebaik-baiknya ia harus mempunyai nilai warna yang cukup terang. Ini kerana warna cat air akan nampak kurang cerah apabila kering. Gunakan sapuan berus yang spontan.
cara
Kertas dibasahkan dengan satu lapisan air atau warna yang cair. Warna disapukan apabila permukaan masih basah. Jika menggunakan lakaran pensel, elakkan daripada memadam garisan kerana ini akan menimbulkan kesan berbulu. Seterusnya ia akan meninggalkan kesan kering berlegap.


c)Teknik Berus Kering


Teknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas. Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan kering berlegap.
campuran warna
Gunakan warna terus dari tiub atau bancuhkan warna yang dikehendaki itu dahulu dengan pekat. Kertas hendaklah kering. Sebaik-baiknya, asingkan warna yang telah dibancuh.
cara
Gunakan berus yang kering untuk mengambil warna yang telah dibancuh. Warna disapukan dengan rata pada bahagian tertentu di atas permukaan kertas yang kering. Sapukan pada bahagian tersebut satu demi satu supaya warna pada setiap bahagian tidak bercampur. Gunakan berus yang halus bagi menandakan jalinan yang halus. Jika ingin menimbulkan kesan tindihan, biarkan warna kering dahulu. Kemudian, sapukan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering.

d)Teknik Kecatan

Ciri-ciri
Teknik ini melibatkan sapuan warna terus dari tiub. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat. Catan jenis ini memberi kesan jalinan dan kekasaran. Melalui teknik ini, catan kelihatan bebas, semula jadi dan spontan.
Campuran warna
Warna yang pekat dari tiub digunakan. Sapuan warna terus dari tiub atas kertas. Jika hendak menggunakan air, hanya gunakan sedikit sahaja.
Cara
Ambil warna terus dari tiub dan sapukan pada permukaan kertas lukisan. Campuran warna yang kedua ditindihkan di atas warna yang pertama tanpa menunggu warna itu kering. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat.


Tuesday, March 8, 2011

Sejarah Seni Moden di Malaysia

                                     SEJARAH SENI MODEN DI MALAYSIA

Latar Belakang Kelahiran Seni Lukis Moden Malaysia

Penglibatan Inggeris di Tanah Melayu bermula di Pulau Pinang pada tahun 1786. Kemudian pada tahun 1826, Inggeris telah membentuk Negeri – negeri Selat yang terdiri daripada Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Pada tahun 1874, pihak Inggeris menandatangani perjanjian Pangkor dengan Sultan Perak yang mana memperlihatkan perlantikan Residen Inggeris bagi menasihati Sultan dalam hal ehwal kerajaan kecuali yang berkaitan dengan agama dan adat istiadat melayu. Penglibatan Inggeris dalam hal ehwal pentadbiran telah menggambarkan daya usaha mereka untuk melakukan satu perubahan dalam aspek sosiobudaya. Situasi tersebut boleh ditafsirkan sebagai asas kepada kemunculan bangsa Malaysia moden. Penguasaan Inggeris dalam bidang ekonomi dan sosiopolitik Melayu bertambah kukuh pada abad ke-19 menerusi polisi mereka membawa masuk kaum Cina dan India untuk bekerja dalam sektor perladangan dan perlombongan bijih timah.
            Ekoran daripada tindakan tersebut telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu. Mereka menganggap hak mereka telah diceroboh sebagai ahli nyata di Tanah Melayu. Tambahan lagi perasaan tidak puas hati itu terpapar dalam akhbar seperti Warta Malaya yang telah menyeru agar orang Melayu bersatu serta menggunakan kuasa untuk mempertahankan hak dan kedaulatan bangsa mereka. Sistem pentadbiran dan polisi Inggeris telah menyebabkan krisis politik dan ekonomi dalam kalangan bangsa Melayu. Penjajahan Inggeris digambarkan sebagai satu ancaman terhadap masa depan bangsa Melayu sama ada daripada segi budaya dan politik. Pada tahun 1930 – an, banyak karya kartun Melayu yang telah melahirkan kebimbangan dan situasi masyarakat Melayu kesan daripada penjajahan orang Inggeris. Sebagai contoh, karya Abd. Manan yang berjudul “ Barat Tinggal di Barat , Timur Tinggal di Timur ” ( Warta Jenaka, 23 November 1936 ) yang mana bukan sahaja bersifat antibarat, malah pada masa yang sama mengkritik masyarakat Melayu yang terlalu mengagungkan Barat.
            Selanjutnya, kehadiran para pelukis dari Cina pada tahun 1930-an telah mencetuskan suasana berbeza dalam seni lukis moden Malaysia. Akademik Seni Halus Nanyang di Singapura telah dibentuk pada tahun 1938 yang diketuai oleh Lim Hak Tai yang merupakan seorang pelukis ternama dan berwawasan dalam memperkembangkan kesenian dengan menubuhkan institusi yang pertama dan paling lama di Singapura. Diantara pelukis – pelukis terkenal yang menjadi tenaga pengajar ialah Cheong Soo Pieng, Georgette Chen Li Ying, Chen Wen His dan Cheng Chong Swee. Para pelukis ini telah datang ke Singapura selepas perang dunia ke-2 dan terdedah juga kepada pengaruh modenis aliran – aliran di Perancis. Para pelukis telah memainkan peranan penting dalam memperkayakan stail catan tempatan dengan menggabungkan ciri – ciri timur dan barat. Pada tahun 1830-an, sekolah – sekolah ditubuhkan bertujuan untuk proses penyebaran agama Kristian telah diperkenalkan. Selain itu juga, sekolah tersebut dibina bertujuan untuk menyediakan tenaga kerja dan perkeranian bawahan dalam sektor pentadbiran kerajaan. Sistem pendidikan tersebut dibina atas dasar – dasar saintifik dan empirical itu diperkatakan untuk menggalakkan para pelajar menguasai ilmu pengetahuan dari sudut yang lebih pragmatik, analitik, dan individualistik yang mana berbeza daripada pandangan hidup masyarakat tradisional. Malahan, kemunculan pendekatan seni lukis bersandarkan kepada ciri – ciri ekspresi individualisme, ekspresif serta naturalistik dianggap muncul daripada sistem pendidikan tersebut. Kewujudan tersebut telah melahirkan pendekatan seni lukis moden dan kebaratan sejak awal abad ke 20.
            Seni lukis moden Malaysia lahir menerusi eksplorasi untuk mencari pendekatan baru dalam mentafsir alam sejagat yang berbeza dengan seni moden barat yang berkembang menerusi tradisi seni arca, fresco, dan catan yang hebat serta panjang. Pelukis Malaysia iaitu Syed Ahmad Jamal telah menghuraikan bahawa ketiadaan tradisi bergambar yang agung telah menyebabkan seni lukis Malaysia bebas daripada sebarang penyekatan. Faktor kebebasan dikatakan dapat mengubah dan meningkatkan daya usaha seniman untuk mempelbagaikan hasil karya.
            Kemunculan seni lukis moden negara ini boleh ditafsir sebagai suatu penerokaan baru bukan sahaja dari sudut bentuk, malahan ikonografi. Kegiatan seni telah dikuasai oleh penghasilan kesenian tradisional berasaskan komunikasi bahasa visual yang abstrak dan simbolisme yang mewakili sesuatu bangsa. Seni moden ini bercirikan masyarakat berbilang bangsa dan budaya. Perkembangan sosiopolitik dan ekonomi telah mempengaruhi rupa dan jiwa seni lukis moden Malaysia. Antara faktor yang mempengaruhi seni lukis moden Malaysia termasuklah kemerdekaan negara, kelahiran pelbagai institusi pengajian tinggi yang telah memfokuskan seni lukis dan seni reka, kemunculan kumpulan-kumpulan seni, pendidikan luar negara yang diikuti pelukis tempatan, sokongan kerajaan dan badan-badan korporat terhadap kegiatan seni visual daripada aspek penaungan, penubuhan galeri dan penajaan pelbagai pertandingan dan pameran.
            Selain itu, peristiwa bersejarah mengenai isu – isu politik, sosial, dan ekonomi tempatan dan global turut mempengaruhi perkembangan seni lukis moden Malaysia daripada era pramerdeka dan pascamerdeka.