Monday, March 14, 2011

Minda


Bagaimana Minda Berfungsi


Mata merupakan salah satu pancaindera yang telah diberi oleh Allah SWT. Fungsi mata adalah untuk melihat sesuatu objek. Walaubagaimanapun mata tidak dapat mentafsirkan apa yang dilihat sehingga satu mesej sampai ke otak untuk mentafsirkan objek tersebut. Minda kita seperti sebuah kamus lengkap. Segala yang kita lihat akan tersimpan kemas dalam ingatan samada objek tersebut baru dikenali atau sebaliknya. Sekiranya objek tersebut telah dikenali dan tersimpan dengan baik maka minda akan terus memaklumkan apakah objek tersebut.
Perlu diingat kebanyakan yang tersimpan dalam otak kita adalah berbentuk objek. Kita tidak mengingati sesuatu dalam bentuk perkataan. Contohnya perkataan F R U I T. Cuba lihat perkataan ini dan pejamkan mata selama 30 saat. Apakah yang anda lihat?. Anda tidak melihat perkataan F R U I T tapi sebaliknya yang anda lihat adalah buah buahan yang anda sudah kenali seperti limau, epal dan lain lain melalui bentuk, warna, rasa dan lain lain. Contoh lain bila anda melihat dari jauh warna biru dan merah dengan bentuk sebuah mentol yang mengeluarkan cahaya, maka secara automatik minda kita mentafsirkan bahawa itu adalah lambang TNB.
Kesimpulan dari contoh di atas adalah untuk menunjukan bahawa minda kita sebenarnya lebih suka menyimpan objek yang pelbagai bentuk, warna, garisan garisan dan apa juga yang bersifat kreatif. Keseluruhan sifat atau objek kreatif ini tersimpan di otak sebelah kanan. Peta minda sebenarnya adalah bertujuan untuk mengajak kita semua menggunakan otak sebelah kanan yang begitu kreatif sekali. Inilah konsep yang hendak dibawa melalui peta minda ini iaitu belajar mengingati melalui bentuk, warna dan lain lain.

Pengenalan Peta Minda

Peta Minda adalah satu teknik yang digunakan bertujuan untuk membolehkan minda kita menyimpan sesuatu maklumat atau fakta secara lebih kemas. Teknik ini memerlukan kita mengabungkan beberapa keperluan seperti warna, gambar, garisan dan lain lain lagi. Peta minda sebenarnya mengajar kita selari dengan bagaimana otak kita berfikir. Hasil dari penggunaan peta minda yang betul, akan menjadikan sesuatu fakta dapat di ingat dalam jangkamasa yang lama. Apa yang penting ialah, dengan hanya melihat sekali imbas peta minda yang kita buat, ianya akan mengingatkan apa yang kita baca sebelum ini. Bayangkan, bagaimana bergunanya nota yang dibuat dengan teknik ini sebelum peperiksaan bermula. Pelajar lain membaca nota berjela jela panjangnya tapi anda hanya melihat nota sekali imbas sahaja.

Cara Mengambil dan Membuat Nota


"Spoon-fed learning" atau belajar cara suapan tidak sesuai lagi digunakan dalam sistem pembelajaran. Teknik ini menjadikan fikiran pelajar menjadi kaku. Mereka tidak boleh menghuraikan secara kritis sesuatu permasalahan yang dihadapi. Mereka diberikan nota dari para guru tanpa huraian yang mendalam. Mereka hanya mengharapkan nota yang statik yang diberikan untuk menjawab peperiksaan sedangkan kebanyakan soalan sekarang adalah berbentuk kritis. Ianya memerlukan kreativiti pelajar untuk menjawab. Sekiranya teknik ini diteruskan sampai bilakah mereka boleh menjadi pelajar yang cemerlang.Cara mengambil nota pula tidak membantu pelajar menjadi kreatif. Kita sering mengambil nota dari atas ke bawah seperti menggunakan angka atau pun sempang. Pengambilan nota jenis ini tidak ada kesinabungan maklumat. Ianya tidak mengikut seperti apa yang dikehndaki oleh otak kita. Peta Minda telah mengubah teknik ini. Ianya mengajar kita mengambil atau membuat nota seperti yang dikehendaki oleh otak kita. Proses otak kita berfikir bermula dari satu titik dan kemudian mengembang disekeliling. Peta Minda mengajar anda menggunakan teknik yang sama. Pelajar membuat nota bermula dari satu perkataan yang diletakkan di tengah kemudian membuat isi isi lain dengan cara menambahkan cabang seterusnya. Perkataan perkataan dan garisan tersebut kemudiannya disertakan dengan garisan bewarna dan gambar yang difahami bertujuan untuk memperkuatkan lagi ingatan.




No comments:

Post a Comment